Seorang jururawat hospital swasta mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.
Jururawat Dakwa Dipecat Hospital Swasta Kerana Tutup Aurat |
Jururawat ini juga mengalami tekanan di tempat kerja kerana sering diganggu oelh pihak pengurusan kerana berlengan panjang.
Kerana tidak tahan tekanan, jururawat itu membuat laporan polis.
Ini komennya:
“Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.
“Dan akhirnya semalam saya dibuang kerja,”
Dia berkata demikian dalam satu sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diKuala Lumpur hari ini.
Naziah juga mendakwa hospital berkenaan juga tidak membenarkan beliau memakai stoking lengan bagi atas alasan kawalan jangkitan kuman.
Namun di hospital lain, banyak juga membenarkan pegawainya berlengan panjang tanpa sebarang masalah malah banyak doktor berlengan panjang dan memakai lab coat berlengan panjang.
Ini tambahnya lagi:
“Kalau nak dikira, hospital seperti Hospital Kuala Lumpur benarkan jururawat mereka berlengan panjang.
“Kalau nak cakap mengenai mengawal kawalan jangkitan (kuman), pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,”
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah bertemu dengan pengurusan hospital tersebut bagi menuntut penjelasannya.
Datuk Nadzim menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan keadaan yang berlaku.
Ini komen Datuk:
“Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini,” katanya sambil menegaskan Islam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan dalam perlembagaan.
“Saya gesa Jakim, KKM tampil jelaskan perkara ini dan ada dasar yang jelas kerana libatkan orang Islam,”
Sumber: MalaysiaKini
Post a Comment