Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Nur Liyana Manan ketika bertemu dengan anaknya hasil perkahwinan dengan Romie telah mencetuskan konflik yang agak besar.
Hanya Kerana Muat Naik Gambar Bersama Anak, Bekas Suami Liyana Manan BERANG ! |
Untuk makluman, Liyana Manan tidak bertemu dengan anak-anaknya sejak Februari tahun lalu. Liyana telah banyak menghubungi Romie, menghantar mesej merayu mahu berjumpa anak-anak, tetapi tidak dilayan. Liyana hanya berpeluang bertemu dengan salah seorang anaknya, Putra Adreeshah, itupun jika anaknya itu ke sekolah. Ini bermakna Liyana sudah tidak bertemu dengan Putra Rayqarl selama 8 bulan. Jadi boleh fahamlah kenapa Liyana excited sangat berkongsi kegembiraannya.
Tujuan utama Liyana Manan memuatnaik gambar tersebut tidak lain tidak bukan ialah berkongsi kegembiraan dapat bertemu anaknya. Kata Liyana Manan:-
Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan teman-teman yang selama ini mengetahui saya terpisah dengan anak-anak. Doa bertemua dengan anak akhirnya Tuhan kabulkan. Saya tidak mengaitkan sesiapaun dalam “post” itu, jauh sekali menyebut nama Romie dan Hanez. Saya tidak menyentuh mana-mana pihak tetapi kenapa mahu terasa?
Keesokannya saya mendapat mesej dari Romie yang mendakwa saya mengeluarkan berita. Berita apa? Saya tidakbertemu wartawan pun ketika itu. Saya hanya mendiamkan diri. Jika anda duduk di tempat saya, apa perasaan apabila terpisah dengan anak-anak?
Selama ini adakah saya pernah membuat kecoh apabila sudah berbulan tidak menemui anak? Saya hanya mendiamkan diri, memendam kerinduan yang amat sangat. Siang malam menangis mengenangkan mereka, tetapi siapa tahu derita hati saya?
Apabila dapat memeluk dan mencium Putra Adreeshah, saya muat naik gambar kami sebagai pengubat kerinduan. Tetapi apabila masyarakat mula menilai, kenapa harus saya melenting? Jika saya jenis yang suka mencari gaduh, rasanya hari-hari saya bantai di laman sosial.
Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Apa yang berlaku di pusat membeli-belah tempoh hari membuka mata orang ramai mengenai sikap mereka. Ketika berpisah dengan Putra Adreeshah, banyak mata yang memandang. Akibat tidak tahan sedih, saya meraung.
Apa yang berlaku pada saya diperhatikan orang ramai. Ketika turun eskalator, ada beberapa orang mengekori dan menepuk bahu saya minta bersabar. Suatu hari nanti anak-anak pasti kembali ke sisi saya. Itu doa mereka.
Untuk makluman juga, Liyana Manan telah memberikan hak penjagaan anak-anak kepada suaminya, Romie. Namun seperti selalu, Liyana juga meminta diizinkan bertemu dengan anak-anak. Agak sedih membaca ayat Liyana yang berbunyi “mereka sudah ke Makkah, tahu apa hukumnya memisahkan ibu kandung dengan anak-anak“. Semoga Liyana terus tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Semoga satu hari nanti, anak-anak akan mendapat kasih sayang daripada ibu kandung mereka. Sama-sama kita doakan
Post a Comment