DEK gimik penukaran pengacaraprogram realitiGegar Vaganza (GV2), pengacaraSalleh Yaakob dan Raja Azura tiba-tiba menjadi mangsa kritikan pengguna laman sosial.
Gimik GV2 Nabil Rasa Bersalah Pada Salleh Yaakob Raja Azura |
Bercakap kepada mStar Online, Nabil berkata, tidak sepatutnya penonton mengambil serius gimik tersebut hingga ada yang sanggup melontarkan kata-kata tidak manis kepada dua pengacara veteran itu.
Saya rasa bersalah pula kerana itu adalah gimik semata-mata. Kita tidak ada niat pun untuk tukar pengacara tetapi produksi cuma ingin tahu bagaimana reaksi penonton sahaja kerana sebelum itu saya dan Jihan sering dikecam.
Penonton pula terlalu ambil serius tentang perkara itu sehingga ada yang tulis macam-macam dan bandingkan kami dengan Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mahukan saya dan Jihan terus jadi pengacara dalam Gegar Vaganza 2, ujarnya.
Dalam pada itu, Nabil turut menjelaskan tentanggaya pengacaraannya yang dikatakan tidak sensitif dan berlawak kasar.
Katanya, dia pernah diminta untuk tidak keterlaluan pada minggu ketiga selepas menerima pelbagai kritikan, namun program tersebut menjadi hambar hinggakan dia menerima maklum balas untuk kembali menjadi diri sebenar.
Gegar Vaganza musim kedua kini memasuki minggu ke 7 dan bersiaran setiap Ahad secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sumber: mStar Online
Sumber: mynewshub
Post a Comment