Beberapa hari lepas, sekeping kad kahwin yang tertera nama Marsha Milan Londoh dan kekasihnya Mohd Saiful Nizam telah tersebar di media sosial. Menurut tarikh dalam kad jemputan tersebut, majlis perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 8 Januari tahun hadapan.
FOTO Adakah Jejaka Ini Bakal Suami Marsha Milan Londoh |
Sumber tersebut juga ada mengirim beberapa foto seakan majlis merisik ataupun suai kenal bersama keluarga kedua-dua belah pihak.
Menariknya, adakah jejaka yang berdampingan dengan Marsha itu adalah bakal suaminya? Erm, jika benar mereka tampak agak sesuai bersama.
Nampaknya Marsha Milan Londoh telah bertemu dengan pasangan yang cukup sesuai buat dirinya. Harapnya selepas ini Saiful dapat membimbing serta menjaga Marsha dengan baik sebagai seorang Islam. Semoga segala perancangan pasangan ini untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar.
Sumber: Beautifulnara
Post a Comment