"Farah Berjaya Putuskan Hubungan Pertunangan Saya Dan Rosakkan Nama Saya Dalam Industri" - Shahrizal Jaszle

"Farah Berjaya Putuskan Hubungan Pertunangan Saya Dan Rosakkan Nama Saya Dalam Industri" - Shahrizal Jaszle

Sekitar 2013 pelakon Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dan menurut Shahrizal, ia memberi kesan buruk kepada kehidupan peribadi dan kerjaya lakonannya.

"Farah Berjaya Putuskan Hubungan Pertunangan Saya Dan Rosakkan Nama Saya Dalam Industri" - Shahrizal Jaszle
"Farah Berjaya Putuskan Hubungan Pertunangan Saya Dan Rosakkan Nama Saya Dalam Industri" - Shahrizal Jaszle
Melalui mStar Online,Shahrizal yang ditemui selepas menghadiri kes perbicaraan khalwatnya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling memberitahu kerjaya lakonannya suram selepas kejadian itu, namun kini dia diterima semula.



Apa yang dirancang wanita itu berjaya, dia berjaya putuskan hubungan pertunangan saya dan rosakkan nama saya dalam industri.

Tentang jodoh itu mungkin sudah ditetapkan Allah, namun kerjaya saya juga selepas kejadian itu agak malap kerana ramai produksi yang tidak mahu panggil saya berlakon, namun Alhamdulillah tawaran sudah kembali semula.

Shahrizal memberi keterangan kepada Mahkamah bahawa dia diperangkap oleh Farah Nurizzati Salleh, 25, selepas wanita itu meminta beliau datang ke rumahnya. Shahrizal juga tidak akan berhenti menegakkan keadilan dan tidak kisah tanggapan orang ramai terhadapnya.

Saya tidak kisah orang fikir apa tentang saya atau ingat kes ini walaupun sudah dua tahun berlalu.

Saya juga tidak kisah turun naik mahkamah beberapa kali pun, demi maruah saya dan mendedahkan perkara sebenar.

Isteri Shahrizal yang hadir ke mahkamah juga memberi sokongan kepada Shahrizal:

Dia tidak kisah pun saya teruskan kes ini kerana dia kenal wanita itu bagaimana. Dia juga pernah ditipu wanita tersebut.

Kalau anda masih ingat, Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dengan Farah Nurizzati di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai pada 16 Mei 2013.

Shahrizal tidak mengaku bersalah sementara Farah mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Farah juga kehilangan pekerjaan apabila diterjah di tempat kerja oleh Shahrizal dan ibunya yang membawa bersama beberapa orang wartawan. Menurut Farah, Shahrizal memberitahu pertunangannya dilaksanakan atas paksaan keluarga dan ia telah putus (ketika itu Shahrizal bertunang dengan Redzwani Puteri) dan Farah mendakwa Shahrizal memberitahu mencintainya.

Shahrizal bagaimanapun, mendakwa diperangkap oleh Farah. Shahrizal juga mendakwa Farah seorang psiko yang mahu memutuskan pertunangannya dengan Redzwani.

Namun ketika itu, Redzwani Puteri yang menjadi tunangan Shahz mempercayai cerita versi Shahrizal. Walaupun keluarga Redzwani menyatakan tidak dapat menerima Shahrizal selepas kejadian itu, Redzwani masih bercinta dengan Shahrizal kerana mendakwa lebih mengenali lelaki itu.

Malah, Shahrizal memberitahu hubungannya dengan Redzwani semakin kukuh, dan akan kahwin lari dengan Redzwani jika hubungan mereka terus tidak direstui keluarga.

Bagaimanapun, sekitar April 2014, Shahrizal mengumumkan telah memutuskan pertunangan dengan Redzwani dan mempunyai kekasih baru iaitu Husna Nadzree (isteri sekarang) melalui akaun Instagram masing-masing. Apa yang menarik, Redzwani Puteri terkejut ketika diberitahu tentang perkara itu di Twitter, mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Redzwani melalui Twitter berkata apa yang dilakukan oleh Shahrizal dan Husna kepadanya ialah sesuatu yang kejam.

Redzwani kemudiannya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan selepas itu tidak lagi dilihat aktif di media sosial.

Shahrizal pula mendakwa sudah putus tunang dengan Redzwani selama setahun lebih sebelum itu.

Husna pula tertekan kerana dituduh perampas, yang sudah tentu dinafikan olehnya.

Bagaimanapun, sekitar awal Mei tahun ini, Shahrizal telah berkahwin dalam satu majlis tertutup dengan Husna.

Terdapat percanggahan antara cerita Shahrizal dan cerita Farah. Setakat ini Shahrizal masih mempertahankan bahawa Farah memerangkapnya. Terpulanglah pada mahkamah untuk membuat penilaian siapa menceritakan perkara sebenar. Apa pendapat anda?

Pementasan penutup tirai Semarak Bangsawan 2015 akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Teja Kuala Lumpur dengan naskhah

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara onMonday, 7 December 2015

Kongsi entri ini:

Sumber: Beautifulnara

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post