Selepas 12 hari putera kesayangan rakyat, Tunku Abdul Jalil dipanggil mengadap Illahi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan kerinduan buat anakandanya itu.
"Babah & Keluarga Takkan Lupakan Lil Sepanjang Hayat Kami" – Sultan Johor |
Kata baginda, kehilangan seorang anak adalah satu kenyataan yang sangat memeritkan untuk dihadapi seorang bapa, namun mengakui menyimpan terlalu banyak memori indah bersama Almarhum.
Pada masa yang sama, baginda berterima kasih di atas ucapan takziah dan penghormatan yang diberikan oleh banyak pihak termasuklah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, orang-orang kenamaan dan rakyat.
Ia sedikit sebanyak membantu baginda sekeluarga menghadapi pemergian Tunku Jalil yang mesra dipanggil Lil dengan tenang.
Baginda turut mengenang Tunku Jalil sebagai seorang yang rendah diri, baik hati dan penyayang. Malah baginda turut berbangga dengan kekuatan yang dimiliki Almarhum dalam melawan penyakitnya.
Turut diluahkan Sultan Ibrahim adalah harapan baginda terhadap Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang diasaskan Almarhum, akan dapat terus membantu mereka yang menderita penyakit kanser.
Tunku Jalil, yang merupakan Tunku Laksamana Johor, mangkat pada 5 Disember 2015 yang lalu akibat kanser hati.
Post a Comment