"Anak pembesar tidak semestinya bagus" – Ridhuan Tee

"Anak pembesar tidak semestinya bagus" – Ridhuan Tee

PETALING JAYA: Umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan taktik ultra kiasu yang menggunakan menteri, bekas menteri dan anak-anak bekas pembesar untuk memburukkan Islam.

"Anak pembesar tidak semestinya bagus" – Ridhuan Tee
"Anak pembesar tidak semestinya bagus" – Ridhuan Tee
Pensyarah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, tidak semestinya pemimpin atau mereka yang bergelar atau anak-anak mereka itu baik, boleh diikuti atau didengari atau dijadikan contoh teladan.


“Bapanya borek tidak semestinya anak rintik. Kadang kala si bapa begitu baik, anak jadi malaun. Bapa pak imam tapi anak macam pelesit,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.

Katanya, kumpulan itu jahil apabila mendesak akaun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diaudit sedangkan setiap tahun jabatan kerajaan diaudit setiap tahun.

“Malaysia tidak tergugat dengan orang begini. Semakin banyak mereka bercakap, semakin terserlah kebodohannya.

“Kumpulan ini tidak ramai pengikut tetapi dicanangkan seperti ramai. Sama seperti Amanah (Parti Amanah Negara).

“Kita kenal dan tahu siapa mereka. Lainlah kalau mereka ini alim dan berintegriti tinggi sejak awal lagi. Harapkan gelaran dan jawatan sahaja tinggi,” katanya.

Walaupun tidak menyatakan nama, kecaman itu dipercayai ditujukan kepada anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik Ismail.

Tawfik mencadangkan supaya JAKIM dimansuhkan kerana didakwa mencampuri urusan umat Islam di negara ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post