Baru-baru ini, Instagram penyanyi Stacy AF atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam telah diserang bertubi-tubi di bahagian komen mengenai isu meraikan perayaan Krismas. Melalui The Borneo Post, Stacy menjelaskan perkara sebenar.
![]() |
Akhirnya Stacy Bagi Respon Berani Mati Selepas Video Sambut Krismasnya TERSEBAR! Perghhh |
“Saya sedar apa yang saya buat dan ia tidak sepatutnya dijadikan isu. Kita sepatutnya menghormati semua agama. Oleh kerana ibu bapa saya adalah Kristian, tidak ada masalah untuk kumpulan penyanyi itu datang ke rumah kami. Ia adalah sebahagian daripada Krismas”
“Sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk berkumpul ketika Krismas kerana ketika itulah semua orang bercuti dan kami boleh berjumpa dan berkongsi cerita di rumah kami,” katanya kepada portal berita tersebut.
Apa-apa pun, semoga Stacy tabah menghadapi dugaan dan juga cabaran sebegini. Hanya segelintir yang tidak memahami perkara sebegini dan ia pastinya boleh dielakkan dengan pemahaman yang betul dan tidak melulu melempar tohmahan.
Post a Comment