Zaman Mahathir tak ada bantuan kepada rakyat ketika ringgit jatuh

Zaman Mahathir tak ada bantuan kepada rakyat ketika ringgit jatuh

Ramai menganggap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pahlawan sejati apabila lantang mengkritik dan menghentam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana kononnya menyebabkan kejatuhan Ringgit.

Zaman Mahathir tak ada bantuan kepada rakyat ketika ringgit jatuh
Zaman Mahathir Tak Ada Bantuan Kepada Rakyat Ketika Ringgit Jatuh
Tetapi, ingatkah kita dimasa pentadbiran Mahathir, adakah Mahathir berjaya membawa ekonomi negara dikedudukan selesa semasa krisis kewangan Asia berlaku dan apa langkah yang beliau lakukan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan krisis yang melanda ketika itu??



Untuk pengetahuan anda, Mahathir ketika krisis kewangan berlaku, beliau hanya memikirkan kepentingan diri dan kronisme berbanding rakyat khususnya golongan bawahan yang kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal ekoran krisis yang melanda ketika itu.

Namun, jika dibandingkan dengan pentadbiran Najib yang kononnya menyebabkan nilai Ringgit jatuh, Perdana Menteri itu tetap menitik beratkan kebajikan rakyat dengan meneruskan beberapa bantuan skim kepada mereka yang berkelayakan menerimanya, malah menaikkan kadar skim tersebut.

"Kita perlu mengurangkan perbelanjaan mengurus, sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1997, apabila ia mengalami masalah kewangan asia.

"Tetapi mengapa ini tidak berlaku, mengapa bukan masa ini?? bukan sahaja program-program yang berterusan, kita telah berjaya meningkatkan program untuk kebajikan rakyat, termasuk kakitangan awam," kata Najib.

Jadi dengan ini, dapat menjelaskan bahawa pentadbiran Najib lebih bagus berbanding Mahathir yang kononnya menjadi hero rakyat. Walaupun Ringgit mengalami kejatuhan, Najib masih mampu memberi skim bantuan kepada rakyat.

Oleh demikian, anda mampu memutuskan siapa lebih baik mentadbir negara walaupun dikatakan keadaan ekonomi negara tidak stabil. Tepuk dada jawaplah sendiri.- Utaranews.com


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post