PONTIAN – Seorang buruh binaan maut, selepas motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans di kilometer 6.5 Jalan Pontian – Kukup berdekatan dengan Rambah.
Warga Emas Maut, Ambulans Dinaiki Terbabit Kemalangan kerana Gangguan |
Dalam kejadian itu, ambulans Klinik Kesihatan Serkat yang membawa seorang pesakit berusia 48 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah motorsikal dari arah bertentangan.
“Ambulans yang turut membawa isteri pesakit dan seorang pegawai perubatan itu telah terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.
“Penunggang motosikal yang merupakan warga Indonesia, Jang Saputra, 45, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pesakit yang berada di dalam ambulan terbabit kini ditahan di wad, manakala pemandu ambulans dan Pegawai perubatan cedera ringan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.
Jelasnya, ketika kemalangan berlaku keadaan cuaca hujan renyai.
“Pihak polis masih lagi melakukan siasatan dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: mewarnaimu9
Post a Comment