KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang cuba terjun dari tingkat lima sebuah hotel dekat sini, dapat diselamatkan pihak berkuasa.
VIDEO: Lelaki cuba bunuh diri, terjun dari tingkat lima hotel di Karamunsing |
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Hamsa Isnurdinu, berkata sejurus menerima panggilan, seramai 32 anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan memujuk lelaki terbabit.
Sepanjang operasi, katanya, lelaki berkenaan bertindak agak agresif.
“Kita membuat strategi di tingkat atas dan bawah selain menggunakan teknik memujuk. Kita juga gunakan tali untuk menangkapnya. “Bomba akhirnya berjaya menyelamatkan lelaki terbabit pada jam 9.07 pagi selepas menarik kaki dan tangannya yang ketika itu cuba bertindak agresif untuk terjun,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata polis masih menyiasat identiti lelaki berkenaan.
Post a Comment