Rakaman video yang memaparkan aksi ala-ala “putera raja melamar kekasihnya” di khalayak ramai kini menerima kecaman di media sosial.
Video Budak Sekolah Lamar Pasangan Dikecam ”KEMENTERIAN PENDIDIKAN AKAN SIASAT" |
Video yang diambil dari sebuah laman Facebook komuniti India itu memaparkan aksi ‘romantik’ pasangan kekasih yang masih lengkap berpakaian sekolah berpelukan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak.
Turut kedangaran laungan “kiss him, kiss him” yang dijeritkan oleh pelajar lain.
BACA : Video: Aksi Mengejutkan Dua Pelajar Sekolah Mengundang Kritikan Di Media Sosial
Pelajar lelaki dalam rakaman ini kelihatan memegang kotak dipercayai sebagai hadiah untuk melamar pelajar perempuan terbabit yang berakhir dengan adegan berpeluk dan bercumbu.
Adegan romantik tersebut nyata mengundang kritikan apabila ianya tersebar.
“School is a place to study not to make love (sekolah adalah tempat untuk belajar bukan bercinta),” tulis Nelly Dave Sidhu.
“Your mum dad must be very happy to see this… ( Ayah dan mak awak pasti gembira melihat perkara ini),” tulis Arvin Ramankutty dengan nada sarkasm.
“CINTA MONYET itu semata-matanya memang diertikan bagi monyet yang buat malu masyarakat dan bangsanya! This is one good example,” tulis Jeyasree Canbo.MYNEWSHUB.CC
Video Player
Video: Aksi mengejutkan dua pelajar sekolah viral di laman sosial!Pelajar perempuan itu berlari dan kemudian menerpa ke arah seorang pelajar lelaki sebelum mereka berpelukan dan bercumbu.PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya dengan berpakaian sekolah mengundang kritikan di media sosial.Berdasarkan penelitian pada visual berkenaan, aksi kedua-dua pasangan itu dirakam di dalam kawasan sekolah dan disaksikan rakan-rakan mereka yang lain.Tidak dinyatakan tarikh aksi itu dirakamkan dan lokasi sekolah terbabit namun, ia dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah.Remaja perempuan itu pada mulanya dilihat berlari sebelum menerpa ke arah seorang pelajar lelaki dan berpelukan.Aksi pada video berkenaan diakhiri dengan kedua-dua mereka kemudiannya bercumbu lapor Freemalaysiatoday.
Posted by Kisah Benar on Sunday, November 1, 2015
Kementerian Pendidikan akan menyiasat rakaman video memaparkan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah ‘melamar’ seorang pelajar perempuan sambil berpelukan dan berciuman di kawasan sekolah yang menjadi viral dalam laman sosial.
Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di negara ini, namun lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.
“Secara peribadi saya sendiri masih belum melihat video tersebut tetapi ada mendengar mengenainya. Biar saya lihat dahulu video itu barulah kita dapat tahu apa tindakan seterusnya yang dapat diambil,” katanya selepas mengadakan lawatan dan bertemu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Pasir Gudang 3, Pasir Gudang, sebentar tadi.
Video berdurasi 15 saat yang menjadi viral dalam laman sosial itu memaparkan seorang pelajar lelaki memegang sekotak hadiah ‘melamar’ seorang pelajar perempuan sambil disaksikan sekumpulan pelajar lain yang menjerit meminta pelajar perempuan itu mencium pelajar lelaki berkenaan.
Post a Comment