ISTERI Pemimpin Hong Kong, Regina Leung mengkritik pihak media yang melaporkan insiden beliau ditampar oleh anak perempuannya sendiri, yang kini hangat diperkatakan umum.
Video: Anak gadis pemimpin HK tampar ibu di pesta Halloween |
Sebelum ini Chai-yan pernah mengakui, dia keluar dari rumah kerana mempunyai hubungan yang buruk dengan ibunya malah sampai memberitahu, Regina bukanlah ibu kandungnya kerana terlalu marah.
Bagaimanapun kepada pihak media, Regina memberitahu anak sulungnya itu seorang yang lemah lembut dan sukakan binatang.
Dalam kejadian awal pagi 1 November lalu, Chai-yan dikatakan menjerit “Ibu pergilah sana! Pergilah!” kepada Regina apabila dipaksa menaiki sebuah teksi.
Chai-yan kemudiannya melawan untuk melepaskan diri termasuk menampar ibunya sebanyak dua kali sebelum berkeras mahu menaiki teksi bersama seorang kawan lelaki.
Gara-gara rakaman kejadian ini yang tersebar, Leung Chun-ying dilaporkan South China Morning Post terpaksa mengadakan sidang media untuk menjelaskan bahawa anak perempuannya itu sebenarnya sudah beberapa tahun bergelut dengan masalah kesihatan dan emosi.
Pada sidang media sama Leung turut menafikan dakwaan Chai-yan bahawa berlaku kekerasan rumah tangga dalam keluarganya selain meminta pihak media agar memberikan privasi kepada anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment