"Selamatkan Ayah dan diri dahulu" kenderaan tersasar di telan Tsunami Lumpur [VIDEO]

"Selamatkan Ayah dan diri dahulu" kenderaan tersasar di telan Tsunami Lumpur [VIDEO]

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan bersama bapanya terselamat selepas segera keluar dari kereta Mini Cooper yang hanyut dibawa arus deras banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang tadi.

"Selamatkan Ayah dan diri dahulu" kenderaan tersasar di telan Tsunami Lumpur
"Selamatkan Ayah dan diri dahulu" kenderaan tersasar di telan Tsunami Lumpur
Dalam kejadian 7.05 malam itu, pemandu Mini Cooper, Naimran Yunus, 37, dan bapanya berusia 62 tahun terpaksa lari meninggalkan kereta dinaiki sejauh kira-kira 50 meter ke tempat yang selamat.


Katanya, ketika kejadian, sebuah lori tangki yang berada di hadapannya turut terbabas akibat jalan licin ekoran jalan berkenaan sudah dipenuhi lumpur.

"Arus banjir lumpur yang turun dari bukit menolak kenderaan saya tersasar ke tepi jalan sebelum bahagian depan kereta termasuk ke dalam longkang.

"Bimbang arus banjir menjadi lebih deras, saya terus membawa bapa keluar dari kereta," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu trak tunda petugas lebuh raya membantu mengeluarkan keretanya dari longkang dan bersyukur dia serta bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

cooper.png.transformed.jpg

Naimran melihat keadaan keretanya yang dihanyutkan arus deras banjir lumpur.




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post