Sayu : Selalu nya saya jaga Qayyum .. masa kejadian saya ada urusan tidak dapat jaga nya - Nenek

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran PPR Sri Stulang, Jalan Bakar Batu-Permas, di sini, semalam.

Mangsa, Mohammad Qayyum Mohd Saffari yang didukung ibu saudaranya, Suhaila Shaharudin, 41, tercampak ke tengah jalan dan disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, bayi berusia setahun tiga bulan itu bersama Suhaila difahamkan cuba melintas jalan sebelum dirempuh lori muatan bahan pencuci pesakit buah pinggang untuk hemodalisis.

“Lori itu dinaiki dua orang datang dari arah Permas menghala ke pusat bandaraya Johor Bahru berada bahagian paling kanan laluan tiga lorong itu yang secara tiba-tiba penjalan kaki (iaitu kedua-dua mangsa) melintas.

“Susulan keadaan itu, pemandu lori berkenaan gagal mengelak lalu melanggar mangsa menyebabkan bayi yang didukung tercampak ke tengah jalanraya,” katanya, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Mohammad Qayyum maut di tempat kejadian manakala Suhaila dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, jejantas bagi kegunaan pejalan kaki disediakan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, nenek kepada bayi yang maut, Salbiah Kamrin, 63 memaklumkan cucunya itu dijaga anaknya Suhaila merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

“Selalunya saya yang menjaga Qayyum tetapi disebabkan saya ada urusan lain, saya meninggalkannya di rumah di Flat Sri Stulang bersama Suhaila dan anak lelaki saya.

“Memang biasa Qayyum dibawa berjalan oleh makciknya itu dan kadangkala turun ke bawah rumah untuk makan di warung berhampiran. Namun, kira kira 11 pagi saya mendapat panggilan memaklumkan cucu saya meninggal dunia dan anak saya Suhaila parah ketika mahu melintas jalan,” katanya.

Beliau bagaimanapun masih tidak mengetahui status keadaan Suhaila yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) , HSA. -SINAR

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post