Sayu : Ibu temui ajal selepas hantar ku periksa SPM .. kini hanya tinggal harapan nya [5 GAMBAR]

Sayu : Ibu temui ajal selepas hantar ku periksa SPM .. kini hanya tinggal harapan nya [5 GAMBAR]

Kepala Batas : Seorang pelajar terpaksa mengharungi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kesedihan selepas ibunya maut dalam kemalangan di Permatang Rambai, selepas menghantar pelajar perempuan itu ke sekolah untuk menduduki kertas Sejarah, pagi tadi.

Sayu : Ibu temui ajal selepas hantar ku periksa SPM .. kini hanya tinggal harapan nya [5 GAMBAR]
Sayu : Ibu temui ajal selepas hantar ku periksa SPM .. kini hanya tinggal harapan nya [5 GAMBAR]
Nurul Husna Mohamad, 17, berkata ibunya menghantarnya dengan motosikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muda di sini, pagi ini sebelum ke tempat kerjanya di Hospital Kepala Batas.







"Saya hanya diberitahu mengenai kemalangan ibu selepas tamat peperiksaan kertas Sejarah dan dibawa pulang oleh cikgu untuk melihat jenazah ibu. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan, terkejut dan sedih sangat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pelajar itu berkata arwah ibunya sentiasa berpesan supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan agar menjadi contoh kepada dua adik lelaki.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, jururawat Nazirah Desa, 42, maut di tempat kejadian apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta di Permatang Rambai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata motosikal wanita itu dilanggar kereta Proton Exora dipandu seorang guru wanita dari arah Permatang Sintuk yang masuk ke laluan bertentangan selepas cuba mengelak sebuah basikal ditunggang seorang lelaki di laluan sama.

"Kereta itu melanggar motosikal yang ditunggang wanita berkenaan dan sebuah kereta lain di laluan bertentangan menyebabkan mangsa terhimpit antara dua kenderaan itu," katanya. - Bernama


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post