Lana Nodin sebelum ini ada meluahkan rasa terkilan beliau apabila busana perkahwinan beliau telah dipakai oleh Ayda Jebat dalam penggambaran sebuah iklan.
"Saya Tahu Itu Baju Perkahwinan Lana, Pereka Kata Tiada Masalah Jika Saya Pakai" – Ayda Jebat |
Susulan kenyataan itu, Ayda menerusi portal Tonton Extra berkata pereka fesyen busana itu sendiri yang memberikan kebenaran untuk beliau memakai baju perkahwinan Lana.
Saya memang tahu itu baju yang pernah dipakai kak Lana ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik. Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay, jadi saya pun okaylah. Lagipun, waktu itu saya memang dah agak last minute mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen.
Buat Ayda beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu berkenaan.
Kalau dia (Lana) rasa saya salah, biarkanlah. Bukannya saya tak terkejut dengan kenyataan pihak sana, cuma saya tak pasti di mana silapnya. Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju itu sendiri yang bagi saya pakai.
Sebenarnya tidak (perlu berhati-hati) kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tapi mereka tidak cakap apa-apapun. Bagi saya, tak perlu perbesarkan isu yang kecil.
Kami rasa ada timbul salah faham apabila pereka tersebut mengatakan beliau akan menaja pakaian perkahwinan Lana Nodin. Mungkin beliau tidak maksudkan sebegitu dan hanya meminjamkan ia kepada Lana.
Sumber Berita: Tonton Extra
Post a Comment