KETUA Menteri Melaka, Datuk Idris Haron (dua dari kiri) bersalaman dengan Labinot Harbuzi (dua dari kanan) dan Shin Jae-Pil (kiri) sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. - Foto Nazri Abu Bakar
Pemain PSG Sah Sertai Melaka United Untuk Musim 2016 |
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkembangan itu di sini, hari ini.
Katanya, bekas pemain PGS itu adalah Selim Benachour manakala penyerang Trinidad dan Tobago adalah Jonathan Glenn. "Selim dan Jonathan berjaya memikat ketua jurulatih MU, Mat Zan Mat Aris dan kita hampir pasti menggunakan khidmat kedua-dua mereka.
"Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan dari pihak pengurusan Jonathan kerana ia membabitkan isu perpindahannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Melaka United layak bersaingan ke Liga Perdana musim depan selepas menjuarai Piala FAM musim lalu.
Mohd Yusoff berkata, pemain tengah kelahiran Sweden dan Korea Selatan akan turut menjalani ujian pemilihan bersama Melaka United pada minggu hadapan.
Katanya, pemain berkenaan adalah Labinot Harbuzi dan Shin Jae-pil. "Kita harap pengambilan semua pemain import dapat menyumbang ke arah kecemerlangan MU dalam saingan liga akan datang," katanya. -- BERNAMA
Sumber - BeritaHarian
Post a Comment