Nahas Pesawat Rusia: Tiada Mangsa Yang Selamat

Nahas Pesawat Rusia: Tiada Mangsa Yang Selamat

Pegawai tentera dan pihak keselamatan Mesir mengesahkan tiada mangsa yang selamat dalam nahas pesawat Airbus A321 Russia, yang terhempas di kawasan pergunungan di Hassana, Sinai, di Mesir, hari ini.

Nahas Pesawat Rusia: Tiada Mangsa Yang Selamat
Nahas Pesawat Rusia: Tiada Mangsa Yang Selamat
Ini bermakna semua 224 penumpang dan kru pesawat terkorban dalam nahas itu. Ia membabitkan tujuh kru dan 217 penumpang, yang terdiri daripada 214 warga Russia, manakala selebihnya adalah rakyat Ukraine.


Daripada jumlah keseluruhan 217 penumpang itu, 138 mangsa adalah wanita, 62 lelaki dan 17 kanak-kanak.

Sementara itu, setakat kini, 15 mangsa nahas pesawat itu sudah dijumpai dan dan dibawa ke rumah mayat Zeinhom di Kaherah.

“Perdana Menteri Mesir, Ismail Sharif, akan meninjau lokasi nahas,” menurut satu kenyataan dikeluarkan kerajaan negara itu.

Presiden Russia, Vladimir Putin, mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung berikutan nahas udara yang mengorbankan ramai rakyat negara itu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post