Lelaki Langgar Kereta "Shasha Steering Lock" DIDAKWA

Lelaki Langgar Kereta "Shasha Steering Lock" DIDAKWA

Petaling Jaya: Lelaki yang bergaduh dengan wanita di kawasan parkir di Jalan SS15, Subang Jaya, Rabu lalu dan video kejadian itu ‘viral’ di laman sosial mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi atas tuduhan melakukan khianat dengan melanggar berkali-kali kereta Volvo milik mangsa.

Lelaki Langgar Kereta ‘Shasha Steering Lock’ DIDAKWA
Lelaki Langgar Kereta "Shasha Steering Lock" DIDAKWA 
Pengakuan itu dibuat Cheah Jenq Yeh, 30, di hadapan Majistret Salamiah Salleh sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kereta milik Shasha Farina Mohd Shafie, 35, di hadapan kedai di nombor 43, Jalan SS15/5A, Subang Jaya, jam 7 pagi, pada 28 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Baru-baru ini, video memaparkan kejadian seorang lelaki dan seorang wanita bergaduh sebelum wanita itu menggunakan pengunci stereng untuk menyerang kenderaan lelaki terbabit menjadi viral di media sosial.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post