Selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza, penyanyi Sheeda nampaknya meluahkan rasa sedih dan terkilannya terhadap kritikan tidak membina juri terhadapnya.
Komen Pedas Sheeda Dangdut Untuk M Nasir #GegarVaganza |
"Sy terima keputusan ini dengan hati yg terbuka tetapi terkilan dengan komen2 yg diberikan oleh pihak juri..sy menyertai@gegarvaganza_2015 atas semangat utk memeriahkan lagi industri muzik tanah air..
"Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekkan dan ketawa terbahak2..berjuta rakyat malaysia menonton melihat maruah sy diperlekeh sebegitu rupa..sy bertanding atas dasar vokal atau umur???
Terasa diri diejek dan diperlekeh kerana faktor umur dijadikan isu sensasi, Sheeda lantas mempertikaikan pertandingan itu adalah berdasarkan vokal atau umur?
Dalam masa yang sama, ramai di kalangan peminatnya juga menyatakan perkara yang sama. Mereka menganggap komen juri berkenaan adalah tidak wajar dan tidak profesional sama sekali.
Namun, siapakah juri yang dimaksudkan? Nyata sekali dengan komen-komen yang diberikan melalui laman sosial itu, mereka menujukan kepada M.Nasir.
Apa pun, diharapkan komen yang diberikan untuk minggu akan datang lebih menyentuh kepada kritikan membina untuk persembahan dan juga vokal. Soal umur, sesiapa pun bakal menjadi tua, bukan? Jadi, fikir-fikirkan. - CARI Infonet
Post a Comment