KUALA LUMPUR – Kesemua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Paris selamat berikutan insiden serangan di Paris.
Kesemua Pelajar Tajaan MARA Di Paris Selamat Berikutan Insiden Serangan Di Paris |
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang melibatkan pelajar Malaysia ketika serangan itu berlaku.
“Pelajar Malaysia berada jauh dari lokasi kejadian dan pihak Mara akan menyalurkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata pegawai Mara sentiasa memantau keadaan dan keselamatan pelajar untuk mengetahui status terkini di sana.
Sehubungan itu, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak bimbang tentang keselamatan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. – BERNAMA
Post a Comment