Kejam : 4 Sekeluarga Pembunuh ala-ala Sosilawati,potong, bakar dan buang abu mayat di sungai di Tapah

Kejam : 4 Sekeluarga Pembunuh ala-ala Sosilawati,potong, bakar dan buang abu mayat di sungai di Tapah

Kuala Lumpur : Polis menahan empat sekeluarga dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan kejam mirip kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, di Tapah, Perak, minggu lalu.

Kejam : 4 Sekeluarga Pembunuh ala-ala Sosilawati,potong, bakar dan buang abu mayat di sungai di Tapah
Kejam : 4 Sekeluarga Pembunuh ala-ala Sosilawati,potong, bakar dan buang abu mayat di sungai di Tapah
Mereka dipercayai dibawa ke sebuah bengkel kenderaan untuk dibunuh sebelum dibakar di atas kepingan zink.


Tulang dan abu mayat mereka kemudian dibuang ke dalam sungai untuk menghapuskan bukti.

Ada juga khabar angin yang mengatakan sebelum dibakar kemungkinan daging mangsa dipotong dan diberi makan kepada anjing-anjing yang di­bela di bengkel tersebut.

Itu pembunuhan kejam yang dipercayai dilakukan secara berasingan terhadap empat mangsa termasuk seorang wanita yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak 2012 yang mirip kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya iaitu Kamaruddin Shamsudin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abdul Karim pada 2010.

Misteri itu berjaya dirungkai polis ekoran penahanan empat sekeluarga di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 26 Oktober lalu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenalpasti motif utama kes pembunuhan yang dilakukan di sebuah bengkel membaiki bas di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, Perak.

"Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati wujud pelbagai motif dalam kes pembunuhan kejam ini yang berkemungkinan membabitkan tuntutan hutang berkaitan urusniaga dalam perniagaan dan perjanjian.

"Siasatan kini masih diteruskan oleh Polis Kontinjen Perak dan Bukit Aman bagi mengenalpasti saki-baki suspek lain yang terbabit," katanya ketika dihubungi BH.

Mohmad berkata, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengesahkan kemungkinan masih ada lagi mangsa lain yang turut dibunuh oleh suspek sama.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Tapah melanjutkan reman selama empat hari lagi terhadap empat sekeluarga terbabit.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak selepas tempoh reman keempat-empat individu berkenaan tamat.

Sumber memberitahu, semua individu terbabit yang direman sejak 27 Oktober lalu, ditahan pada 26 Oktober di bengkel yang turut dijadikan kediaman mereka selepas polis memperoleh maklumat mengenai pembabitan mereka dalam kes berkenaan.

Dipercayai kes pembunuhan beberapa individu berkenaan turut membabitkan modus operandi memotong dan membakar mayat mangsa sebelum tulang dan abu mayat dibuang ke sungai berhampiran, sama seperti modus operandi kes pembunuhan Sosilawati pada Ogos 2010.

Selain pemilik bengkel yang dipercayai suspek utama kes berkenaan, tiga lagi yang ditahan adalah ahli keluarga terdekat iaitu isteri dan dua anaknya.

Difahamkan seorang daripada mangsa suspek adalah seorang ejen hartanah berusia 46 tahun berasal dari Chenderiang, Perak yang dilaporkan hilang sejak lebih dua bulan lalu.

Tinjauan BH di lokasi bengkel itu mendapati polis sudah selesai menjalankan pemeriksaan.

Bengkel berkenaan yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan utama dan kira-kira 20 meter dari Sungai Ceroh, dikawal kira-kira 30 ekor anjing.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, berkata pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung kejadian itu dan sebarang perkembangan terkini mengenai siasatan hanya akan diumumkan selepas ia lengkap.

Katanya, buat masa ini pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan kes berkenaan. Credit HM,UTUSAN,BH

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post