Hidap Penyakit Pelik, Wanita Hidup Tanpa Muka Di India

Hidap Penyakit Pelik, Wanita Hidup Tanpa Muka Di India

SEORANG wanita muda yang redha menerima nasib malang dan ketentuan takdir terhadap dirinya ini telah menjalani kehidupan sehariannya tanpa muka selepas menghidap penyakit yang pelik.

Hidap Penyakit Pelik, Wanita Hidup Tanpa Muka Di India
Hidap Penyakit Pelik, Wanita Hidup Tanpa Muka Di India
Khadija Khatoon, 21 tahun; yang lahir dalam keluarga miskin di Kolkata, bandar timur India, dinasihatkan oleh doktor untuk tidak menjalani pembedahan kerana ia boleh mengancam nyawanya.




Wanita itu dikatakan tidak mempunyai mata dan hidung disebabkan oleh penyakit pelik tersebut.

Ibu dan bapanya, Rashid Mulla dan Amina Bibi mula menyedari perkara tersebut ketika Khadija tidak boleh membuka matanya sejak berusia 2 bulan lagi.


Walau bagaimanapun, doktor memberitahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa serta tidak menyarankan wanita ini untuk menjalani pembedahan kerana ia boleh membahayakn nyawa Khadija sendiri.

Dengan wang pendapatan hanya sebanyak RM327 sebulan, Rashid pula tidak mampu untuk menanggung kos perubatan anaknya itu.



Keadaan anaknya dilihat semakin teruk selepas kulit di bahagian muka itu semakin membesar dan tergantung sehingga menyebabkan mukanya hilang.

Namun begitu, Khadija mula mendapat perhatian selepas pegawai kerajaan, Rupak Dutta ternampaknya berjalan di tepi jalan lantas menggesa orang ramai untuk membantunya.

Menurut sumber, seorang doktor, Anirban Deep Banerjee mengesahkan Khadija telah menghidap Neurofibromatosis, iaitu sesuatu yang menyebabkan pesakit terdedah kepada tumor.

“Ia ada kebarangkalian terdapat tumor di dalam muka Khadija yang boleh membawa maut,” katanya.

“Jika dia sanggup, kita perlu menjalani ujian beberapa kali untuk menentukan sejauh mana pembedahan dapat dilakukan,” tambahnya lagi.

Sebuah web yang menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada Khadija telah dilancarkan.

Setakat ini web itu berjaya meraih lebih kurang RM14,000 dan mereka menyasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya RM46,000 dalam usaha bagi membantunya.

Semoga bantuan yang diperoleh oleh Khadija ini dapat memberikan sinar hidup serta semangat baharu kepada dirinya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post