Bayi AJAIB Terselamat Nahas Pesawat Kargo

Bayi AJAIB Terselamat Nahas Pesawat Kargo

JUBA, Sudan Selatan - Seorang bayi terselamat dalam nahas pesawat kargo di tebing Sungai Nil Putih, Sudan Selatan, semalam yang mengakibatkan 41 orang terbunuh, ketika pasukan keselamatan meneruskan usaha mencari kotak hitam dan saki baki mayat yang masih belum ditemui.

Bayi AJAIB Terselamat Nahas Pesawat Kargo
Bayi AJAIB Terselamat Nahas Pesawat Kargo
Laman web Daily Express melaporkan, bayi berusia 14 bulan itu merupakan salah seorang daripada dua orang penumpang yang terselamat dalam nahas tersebut, sebelum seorang penumpang terbabit meninggal dunia akibat kecederaan teruk.



Bayi tersebut dikenali sebagai Nyloak Tong dan kini menerima rawatan di sebuah hospital di Juba, Sudan Selatan.

“Dipercayai bayi ajaib itu menaiki pesawat berkenaan bersama ibu dan empat orang abangnya. Kesemua keluarga itu kecuali bayi berkenaan maut dalam kejadian itu,” kata sumber.Jurucakap Presiden Sudan Selatan, Ateny Wek Ateny berkata, pesawat jenis Antonov itu didaftarkan di Tajikistan dan dimiliki syarikat Allied Services Limited.



“Nahas itu turut mengorbankan lima orang anak kapal warga Armenia dan seorang warga Rusia. Pesawat itu turut membawa 12 orang penumpang yang kesemuanya rakyat tempatan,” jelas Ateny, sambil menambah kata, 10 orang penduduk yang tinggal berhampiran kawasan nahas turut maut dalam kejadian tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lapangan Terbang Juba, Stephen Warikozi berkata, usaha mencari saki baki mayat dan kotak hitam pesawat itu sedang dipergiatkan.

Setiausaha Ketiga Ukraine di Kenya, Alexander Kalinchuk berkata, pesawat kargo berkenaan diperbuat di Rusia dan bertanggungjawab mengangkut bekalan minyak dari beberapa buah syarikat di Sudan Selatan.Stesen televisyen Rusia LifeNews mendedahkan maklumat daripada sumber yang enggan dikenali bahawa pesawat Kesatuan Soviet yang dibina pada 1971 itu kelihatan seperti membawa lebihan muatan.

“Kebiasaannya pesawat hanya membawa 12 orang penumpang, masalah berlaku apabila berlaku penambahan penumpang. Pesawat tersebut dibina untuk muatan kargo dan bukannya untuk menampung manusia,” kata Pembantu Pengurus Operasi Combined Air Services, Kenyi Galla. – AGENSI



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post