Hujung minggu lepas, berita Datuk Siti Nurhaliza sudah hamil yang dikatakan telah disampaikan oleh anak tirinya Asyraf Khalid antara topik panas dibicarakan di media sosial.
Asyraf Khalid Nafi Pernah Keluarkan Kenyataan Siti Nurhaliza Sudah Hamil |
Semalam, Siti Nurhaliza bagaimanapun enggan memberikan komenj lanjut mengenai perkara itu dan berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya.
Namun, khabar angin yang mengatakan Asyraf yang memulakan cerita berkenaan adalah tidak benar kerana tuan empunya badan telah menafikan beliau ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan ibu tirinya itu.
Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya.
Owh, jadi semua ini cuma satu salah faham sahaja dan Siti Nurhaliza sebenarnya tidak berbadan dua. Apa-apa pun kami pasti peminat tidak putus mendoakan agar satu hari nanti beliau akan dapat merasa menjadi ibu juga. InshaAllah rezeki itu ada.
Sumber Berita: Utusan Online
Sumber: Beautifulnara
Post a Comment