“Sebaik saya menjawab telefon dan mengucapkan salam, Sabri (Yunus) terus mengucapkan syukur kerana saya masih hidup” kata pelawak dan pelakon, Ebby Yus.
Astagfirullah! Ebby Yus kesal dengan Perkhabaran Angin Yang Diperkatakan! |
Ebby ketika dihubungi berkata, Sabri menghubunginya sebaik dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari Kota Kinabalu, Sabah, 12 tengah tadi.
“Apabila menghidupkan telefon bimbit sebaik tiba di KLIA2, saya pelik kerana SMS dan WhatsApp tak henti-henti masuk. Bagaimanapun saya tak pasti bentuk cerita yang tersebar kerana belum sempat membacanya ketika itu.
“Waktu itulah Sabri menghubungi saya dan saya terus menjawab panggilannya. Sebaik saya mengucapkan salam, dia lega kerana saya masih hidup”katanya.
Difahamkan, berita itu tersebar selepas Ebby dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu sejak empat hari lalu akibat masalah paru-paru.
Bagaimanapun, keadaannya stabil sebelum dibenarkan keluar hospital semalam.
Sebelum itu, Ebby ke Sabah atas urusan kerja.
Ebby berkata, dia kesal dengan penyebaran berita tidak benar itu, bagaimanapun dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Ebby sebaik tiba di klia2 tengah hari tadi dan petikan berita palsu mengenai kematiannya.
Post a Comment