Ibu dan 4 anak gagal rayuan padam ‘Islam’ pada MyKad | Seorang ibu dan empat anaknya gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan bagi menukar nama dan memadam perkataan ‘Islam’ dalam kad pengenalan masing-masing.
ADA KE PATUT!!! Ibu Gagal paksa JPN padam ISLAM pada MyKad... |
Keluarga itu, terdiri daripada Jamilah Jan Vasanthegokelam, 55, anak lelaki perkahwinan pertamanya, Mohd Sharif Abdullah, 35, dan tiga anak lelaki daripada perkahwinan kedua iaitu Mohd Jeffrey a/l Mohd Baser, 32, Mohd Jass a/l Mohd Baser, 28, dan Mohd Naser a/l Mohd Baser, 22.
Mohd Zawawi berkata keputusan JPN tidak boleh dikategorikan sebagai degil, tidak munasabah, tidak rasional dan menyalahi undang–undang sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.
“Perayu mengenal pasti diri mereka sebagai India Muslim dan menganut agama Islam,” katanya yang bersidang bersama-sama hakim Datuk P Nalini dan Datuk Abdul Rahman Sebli.
Mohd Zawawi berkata hujahan pihak perayu bahawa agama itu adalah silap dinyatakan dalam rekod rasmi tidak disokong dengan bukti jelas dan meyakinkan.
Panel sebulat suara menolak rayuan mereka serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Februari lalu, yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar keputusan JPN itu.
Dalam permohonan semakan kehakiman, keluarga itu menamakan Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Mahkamah itu turut mengarahkan keluarga berkenaan membayar kos guaman sebanyak RM5,000 bagi prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Peguam Jamilah, Robin Lim, memberitahu mahkamah suaminya yang kedua, Mohd Baser a/l Kalakan membawanya ke JPN pada 1983 untuk menukar nama kepada Jamilah Jan Vasanthegokelam.
Katanya, suaminya itu memberitahu Jamilah Jan pertukaran namanya akan mengelak sebarang komplikasi yang mungkin dihadapi pasangan itu apabila memohon sijil kelahiran bagi anak kedua mereka kerana nama suaminya seperti nama seorang Islam.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Mazlifah Ayob, yang mewakili pihak responden, berkata Jamilah memegang kad pengenalan dengan nama Islam selama kira-kira 30 tahun dan MyKad yang dikeluarkan kepadanya pada 2003 membawa nama ‘Islam’.
Menurutnya, rekod JPN juga menunjukkan Mohd Baser yang sudah meninggal dunia, adalah warganegara Malaysia menganut agama Islam, katanya.
Post a Comment