Suami kepada mangsa dalam kes kain tertinggal di dalam rahim baru-baru ini akan memfailkan saman di mahkamah dengan mendakwa kejadian itu mengancam nyawa isterinya.
[VIDEO] Gauze Tertinggal Dalam Alat Sulit, Suami Nekad Saman Pihak Hospital |
“Pada 1 Oktober itu, saya pulang ke rumah, kemudian dia (Norsyazwani) memberitahu ada benda keluar dari rahimnya.
“Selepas dikeluarkan, rasa sakit yang dialami sebelum ini — nak jalan, nak pergi tandas, nak duduk — semua hilang,” katanya.
Dalam kejadian itu, Norsyazwani dilapor mengalami kesakitan luar biasa selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati segumpal kain dijumpai tertinggal di dalam rahimnya.
Norsyazwani mendakwa ia merupakan kecuaian petugas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) ketika mencuci rahimnya.
Selain menanggung kesakitan selama tiga hari selepas melahirkan anak, aliran darah nifasnya juga tidak normal.
Keadaan menjadi lebih serius apabila berlaku pendarahan selepas 17 hari.
Doktor mengesahkan wujud darah beku di dalam rahimnya.
“Mula-mula keluar (kain), saya memang terkejut sangat sebab kain itu besar, jadi saya rujuk kepada doktor, doktor maklumkan kain itu diletakkan untuk memberhentikan pendarahan sewaktu menjahit luka bersalin dan petugas waktu itu terlupa untuk keluarkannya.
“Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail ketika dihubungi memaklumkan siasatan sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan dan penjelasan semua pihak yang terlibat.
Post a Comment