Masihkah anda ingat kisah adik beradik kembar siam Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum di bahagian dada dan punggung pada tahun 1998, dan menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002 pernah menjadi tumpuan seluruh dunia suatu ketika dulu.
TerBaru Rupa MENGEJUTKAN Kembar Siam Malaysia Jadi Tumpuan Seluruh Dunia |
Walaupun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23m Subang Jaya aliran Sains Tulen menjalani sesi persekolahan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
"Macam biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur sebab sudah biasa bangun awal sejak arwah ibu masih ada lagi.
"Hari ini (Isnin) adalah hari pertama kami ke sekolah, jadi kami berkobar-kobar mahu pergi ke sekolah kerana mahu jumpa kawan-kawan," katanya.
Ditanya bagaimana mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu bahawa sebaik sahaja sampai di sekolah ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44 akan mendukung mereka adik-beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat satu. Malah, mereka juga bertuah dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa membantu sewaktu mereka di sekolah.
"Setiap hari ayah akan mendukung kami sampai ke kelas. Mujurlah kelas kami di tingkat satu jadi ayah taklah penat sangat.
"Kawan-kawan akan bantu bawa ke makmal. Mereka juga tidak pernah ejek sebab semuanya memahami keadaan kami. Ada juga yang bantu beli makanan di kantin pada waktu rehat," katanya.
Post a Comment