Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia
SAPS semakan ibu bapa keputusan peperiksaan pelajar |
Bagi memantau perkembangan prestasi belajar dan muat-turun slip keputusan peperiksaan anak/ jagaan mereka dengan membuat semakan secara atas talian (online)
Ibubapa atau penjaga perlu melalui beberapa langkah antaranya:-
- Layari laman sesawang rasmi SAPS ‘klik’ pautan https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php
- Klik pada butang menu berwarna ‘hijau’ iaitu SEMAKAN IBUBAPA yang terdapat pada laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
- Kemudian anda akan dibawa ke paparan halaman baru menerusi pautan https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Seterusnya seperti gambar di atas, sila ikuti langkah mudah yang perlu dilakukan iaitu:
Melengkapkan ruangan No KP atau sijil lahir
Tandakan pilihan sekolah dan pilih tahun peperiksaan
Kemudian klik pada ‘tab menu’ semak laporan
Untuk info, bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Pastikan komputer atau peranti anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan dan dimuat turun (download) dengan sempurna
Nota Kekadang itu anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengakses laman SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna keatas laman terbabit adalah terlalu tinggi pada masa yang sama
Ataupun laman SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem
Jika anda mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari masa ke semasa
Pautan Sumber: mysumber.com
Post a Comment