Susulan tersebarnya video seorang wanita ditetak oleh dua lelaki, netizen mula membuat andaian di laman sosial mengenai punca insiden berkenaan berlaku.
Punca Sebenar Lelaki Tetak Isteri Di Port Dickson Didedahkan |
Menurut Jay, lelaki dipercayai suami kepada wanita tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang menuntut cerai darinya.
“Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.
Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah sebanyak 5 laporan polis dibuat ke atas lelaki ini. Namun, polis tidak pernah mengambil apa-apa ke atas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi.
“Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak?” kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.
Bagaimanapun, dia tidak berniat mahu menyalahkan polis. Dalam pada masa yang sama, Jay turut meminta rakan-rakannya agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang mengatakan mangsa yang mencetuskan masalah sehingga lelaki itu berani mencederakannya.
“Ada segelintir pengguna di media sosial yang membuat tuduhan liar yang cuba memburukkan mangsa. Tetapi, tolonglah semua, jangan buat cerita yang bukan-bukan. Saya sudah mengenali wanita ini semenjak dia berumur 5 tahun,” katanya.
Jaya turut meminta agar rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang akan menjalani pembedahan hari ini cepat sembuh dan selamat.
Post a Comment