KUALA LUMPUR Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek ADAB I dan II yang dijadual hari ini, ditangguhkan ke satu tarikh dimaklumkan kemudian.
Peperiksaan UPKK Subjek ADAB I dan II Ditangguhkan |
Maka, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan JAKIM di seluruh negara bagi kedua-dua subjek itu esok, adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian, katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diharap dapat mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru itu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam, mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa esok kecuali Langkawi yang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Setakat 7 malam ini, bacaan IPU dicatatkan di Langkawi ialah 158. BERNAMA
Post a Comment