Peniaga kosmetik didakwa mencederakan, cabul kehormatan

Peniaga kosmetik didakwa mencederakan, cabul kehormatan

Kota Bharu: Peniaga kosmetik yang video dia memukul seorang wanita ‘viral’ di laman sosial baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan dan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita, dua minggu lalu.

Peniaga kosmetik didakwa mencederakan, cabul kehormatan
Peniaga kosmetik didakwa mencederakan, cabul kehormatan
Bagaimanapun, tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad selepas kertas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersama-sama seorang rakannya yang masih bebas dengan niat mencederakan mangsa, Nur Azzlaila Suzzana Ab Halim, 24, dengan menggunakan kaki dan tangan sehingga mendatangkan kecederaan di kawasan rumah di Wakaf Mek Zainab, di sini, pada 10 pagi, 15 Oktober lalu.

Kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua, dia bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa yang sama, pada masa, tarikh dan kawasan yang sama.

Kesalahan berkenaan, dia boleh didakwa mengikut Seskyen 354 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seskyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 23 Disember akan datang sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan terhadap mangsa.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post