Kulim: Seorang pengemis lelaki warga emas mengejutkan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang menahannya apabila menyimpan wang tunai lebih RM2,000 dalam poket seluarnya dalam operasi di pasar malam Padang Serai, petang kelmarin.
MENGEJUTKAN !! Hasil Duit Terpijak Sambil Duduk |
Difahamkan, warga emas terbabit antara lima individu termasuk dua wanita berusia 41 dan 59 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, ditahan dalam operasi bermula jam 6 petang sehingga 10 malam kerana disyaki melakukan kegiatan mengemis.
Pegawai JKM Daerah Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, berdasarkan pemerhatian, pihaknya mendapati lelaki terbabit hanya duduk di atas kerusi sambil memegang sebuah bekas plastik untuk memudahkan orang ramai menghulurkan wang kepadanya.
“Dia tidak meminta atau bersuara untuk memohon sumbangan daripada orang ramai, malah bekas plastik itu juga tidak mempunyai maklumat yang dilekatkan seperti kebiasaannya mereka yang mengutip derma dan hanya ada beberapa helai wang kertas pelbagai nilai. lapor myMetro.
Post a Comment