Kisah Benar: Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung

Kisah Benar: Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Sebuah kisah benar.

Kisah Benar: Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung
Kisah Benar: Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana.
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yang tidak bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.


Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.

Bayangkan kalau orang bakal digantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tidak dapat tidur.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung.

Tangan seperti orangg dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.
Subhanallah………. mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung.
Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.
Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk menghampiri kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Sumber : Blog Ammar

Post a Comment

Previous Post Next Post