Ketumbuhan Di Wajah Bukan Penghalang Untuk Rita Berjaya

Ketumbuhan Di Wajah Bukan Penghalang Untuk Rita Berjaya

Meskipun dirinya tidak sesempurna insan yang lain, Rita Husni Mat Nordin tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Ketumbuhan Di Wajah Bukan Penghalang Untuk Rita Berjaya
Ketumbuhan Di Wajah Bukan Penghalang Untuk Rita Berjaya
Wanita yang berusia 39 tahun itu dan menghidap penyakit ketumbuhan di bahagian muka atau dikenali sebagai Neurofibromatosis berkata hal itu tidak menjadikannya sebagai seorang yang lemah dan mampu bekerja seperti biasa tanpa adanya rasa rendah diri.

“Kebanyakan orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.

“Kekurangan ini juga turut memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik dalam jabatan kerajaan sejak lapan tahun yang lalu,” katanya.

Lebih membanggakan, Rita merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan dan sentiasa memberikan semangat kepada orang muda yang juga berdepan dengan masalah yang sama.

“Saya tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan ini beri kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya,” kata Rita.

Ibu kepada seorang anak itu memberitahu pernah melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu namun ia membuatkan wajahnya ditumbuhi lebih banyak benjolan itu.


Post a Comment

Previous Post Next Post