Minggu lalu telah berlangsungnya konsert pertama Gegar Vaganza 2 yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi lama, bersaing merebut kejuaraan yang ditawarkan.
Kerana Terlalu Rindu KanakKanak Ini Usap Screen TV Sangka Acong Arwah Bapanya |
Namun yang paling menyentuh hati kami ialah cerita tentang seorang kanak-kanak berusia 2 tahun mengusap screen TV kerana menyangka Acong Sweetchild ayahnya yang telah meninggal. Sedih.
Irfan nak tengok ayah
Nurraimi yang merupakan ibu saudara kepada kanak-kanak bernama Irfan ini memuatnaik sekeping foto berkenaan sehari yang lalu setelah sedih melihat gelagat anak saudaranya itu.
Difahamkan ayahnya meninggal dunia setahun yang lalu akibat denggi.
Asyik minta nak tengok ayah
Mungkin dek kerana rindu, Irfan mengusap screen TV yang terpampar gambar Acong Sweetchild kerana menyangka itu bapanya.
Difahamkan juga nenek Irfan terpaksa merakam program Gegar Vaganza 2 kerana anak kecil itu sering meminta untuk menonton ayahnya menyanyi.
Salam takziah buat keluarga Irfan.
Sumber : Nurraimi
Sumber: Ohbulan
Post a Comment