PUTRAJAYA – Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan.
Kenyataan Balas Lelaki Pukul Bangla di Carwash Dakwa Diri Difitnah |
“Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.
“Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga,” katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.
“Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat,” jelasnya.
Malah Risamuddin juga mendakwa pemilik Car Wash itu tidak mendedahkan video tersebut dari awal kejadian.
“Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun,” katanya.
Sementara itu, pengguna Facebook bernama Eira Irya Annuar mendakwa mengenali lelaki tersebut dan memberitahu bahawa dia memang seorang yang panas baran.
Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahka perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis,” katanya.
Sumber : The Hype Media
Sumber: kucinghappy
Post a Comment