Kecoh Di Twitter Jerebu Kuning Landa Shah Alam

Kecoh Di Twitter Jerebu Kuning Landa Shah Alam

Sejak awal pagi tadi, topik mengenai jerebu berwarna kuning tiba-tiba hangat diperkatakan netizen menerusi di laman mikro Twitter.

Kecoh Di Twitter Jerebu Kuning Landa Shah Alam
Kecoh Di Twitter Jerebu Kuning Landa Shah Alam
Difahamkan, fenomena itu berlaku di beberapa kawasan Lembah Klang khususnya di Shah Alam.

Tidak kurang juga yang memuat naik gambar pemandangan pencemaran udara itu yang kini berwarna kuning bagi membuktikan dakwaan mereka.





Rata-rata menyifatkan jerebu berwarna kuning itu adalah beracun dan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit.

Berikutan itu, ramai yang mempertikaikanbacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana setakat jam 9 pagi tadi,bacaan IPU menunjukkan Shah Alam dibawah kategori tidak sihatiaitu 157.

Fuh jerebu kuning teruk gila. Dah macam pukul 6, tulis Aniqnadzrey

Jerebu teruk gilaaaaaa. Asap dah warna kuning dah. Tapi pelik kenapa bacaan IPU baru 150++? hospital Shah Alam dah tak nampak dah, tulis Nanahazwanie.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi satu kenyataan memaklumkan semua kuliah di UiTM Selangor akan ditangguhkan keesokkan hari iaitu pada Rabu (21 Oktober) setelah mengambil kira bacaan IPU pada hari ini.

Manakala, berita Indonesia turut melaporkan keadaan di Riau semakin buruk danwarna pemandangan telah bertukar menjadi kekuningan dengan catatan IPU,2843.

Keadaan itu sekaligus menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat. MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post