Khabar gembira yang bertukar menjadi sayu dan hiba dalam sekelip mata, luahan pilu seorang ayah yang redha dengan ketentuan-Nya.
Jumaat hari yang baik untuk ke "RUMAH BARU ADAM" - Warkah Pilu Ayah Buat Arwah Bayinya |
Takziah diucapkan kepadaMohammad Naim Bin Abdullahdan semoga adik Muhammad Adam Fawwaz Bin Mohammad Naim tenang di sana. Al-Fatihah.
Warkah Buat Anakku , Muhammad Adam Fawwaz Bin Mohammad Naim
21.10.2015, rabu
4.00 petang,,,,dapat panggilan telefon baby adam dah nak jumpa abah,,,????
Terus abah beli tiket jam 6 ke alor star.
Jam 11.12 malam,,tangisan adam memecah kesunyianAlhamdulillah..
12.30malam khamis
abah tiba ke shahab perdana,,..terus ke pusat rawatan tempat adam mula menjenguk dunia
22.10.2015,khamis, 1.00 pagi
Abah sampai,,,terus abah dukung,,abah peluk abah cium baby adam
Adam tenangmata bulat melihat tengok abah
Tenang sangat abah rasa,
Adam dah buka mata,,adam comel..
Terima kaseh adam
Jam 2 pagiabah serahkan semula kpd nursemalam tu adam tido sorang2 sebab nurse nak pantau adam, abah tak dpt tido malam tu,,,rasa tak mengantuksegar mata,,exited nk jmpa baby adam esoknye
Jam 9.00 pagi,..
Adam tampak lemah kurang bermaya,,,..Dr beritahu kepada abah.. adam perlukan pantaun drp Dr pakar kanak
Ambulan memecut laju di depan sementara abah rapat mengikuti di belakang
9.30 adam dimasukkan ke NICU,,hosptal sultanah bahiyah alor star,..
Lama abah menunggu..,,
Jam 12.Dr panggil abah masuk..
Wayar di hidung adam,,ada wayar di pusat adam utk ubat,,wayar penuh di badan adam..
Encik, saya akan berterus terang,,anak encik dalam keadaan tenat dan kritikal
Dr cakap adam dlm keadaan tenat,,Dr caka adam tenat peluang adam hidup
50 -50
Bingung abah,..
Berpinar pandangan mata abah
Malam sebelumnya abah tgk adam sihat,,,pagi pula Dr cakap adam kritikal..tenat dan tak da harapanterus terdiam abah
Macammana harus abah jelaskan kepada semua,yg sebelumnya gembira dengan kelahiran adam..
Dr ambil no hp abh,,dan ckp depa akan call abah..
Abah senyap tak terkata,,..keseorangan memikirkan bagaimana harus abah menyampaikan berita kepada semua bahawa adam sebenarnya tenat..abah balik rumah,,,abh ckp kt depa adam dahtak larat.tu ja mampu..
5.00 khamis petang
Abah pi jumpa adam,,,abah htr pampers new born dgn wet tissue utk adam..dalam tu abah tak boleh duk lama2,,,
Assalamualaikum..Adam,,,adam..abah mai nie adam sayang..
Abah tengok badan adam bergerak perlahn lahan,,jari adam bergerak2 respon salam abah walaupon Dr dah bagi ubat tido kepada adam.
Abah cuci tgn dgn ubat,,,abah usap jari adam,,bergerak2
Lama abah tengok adam,,,
Jam 11.00 khamis malam
Di rumah.Dr teleponDr cakap adam mungkin hanya ada masa sampai esok sahaja..abah pon siap2
Abah pi tengok adam,,,
Adam masa tu tak sedar apa dah,,dr masukkan ubat bagi adam mengantuk utk adam rehat,,
Mesin2 penuh,,,abah sedih tengok wayar2 di badan badan adam..
allah.
Abah doakan utk adam dipermudahkan..
Jam 3.20 jumaat
Dr call..dr cakap adam sangat2 tenat,,,,Dr ckp boleh dtg tengok adam buat kali terakhir..
3.30 jumaat
Sedang abah siap2 utk ke sana
Dr call
Adam pilih hari jumaat,,hari yang baik untuk ke rumah baru adam
Encik,,harap bersabaranak encik dah tiada
Abah pon senyap,,,menitik air mata.abah pon siapkan baju adam,,
Bukan baju baby,,cuma kain pelekat dua helai utk selimutkan adam..
Sebelum nie abah sangkakan kita akan jadi kawan baik,..tapi Allah pilih adam utk dapat kawan2 di alam sanakawan2 sebaya adam juga
Adam pilih hari jumaat,,hari yang baik untuk ke rumah baru adam
5.00 pagi jumaat
Abah pangku adam dalam kereta,,,
Sampai ke rumah abah pangku adam dlm kereta
6.45 -11.00..
Adam smpai rumah tok wan adam,,,
Orang dtg tgk adam..
Adam siap2 mandi,,,..wangi adam,,,
Abah cium adam buat kali terakhir..wangian syurga,
Abah solatkan adam,,abah bawak adam keluarkita naik keta sama2..
Sampai ke rumah baru adam,,,abah letakkan adam,,mengadap kiblat.,abah sendal badan adam dengan ketulan tanah,,,abah tutup pintu rumah adm perlahan..
Adam,,,ketahuilah abah sayang sangat2
Abah sayang sangat2 kat adam tapi allah sayangkan adam juga,,,
Dan kaseh sayang allah kepada adam kasih sayang berhikmah
Banyak mana pon sayang abah ke adam,,allah lagi sayang kepada adam,,
Wahai anakku,
Abah sangkakan abah yang pergi dulu,
Abah sangkakan abah menutup mata dahulu
Abah sentiasa berdoa biar adam hidup walau abah galang gantinya,,..
Kini adam dah tak da
adam bawa semangat abah ke sana
Abah hilang kata2
Maafkan abah sebab tak sempat menjadi ayah yang sempurna utk mu sayang..
Namun abah kena kuat..
Abah redha dan senyum walau hati hanya Allah yang tahu
Abah adam
25 okt 2015, 1:50 tengahari
Alor setar
Sumber : FacebookMohammad Naim Bin Abdullah
Sumber: Ohbulan
Post a Comment