DEK kerana kedegilan dan tidak mematuhi cara sebenar pengisian minyak, seorang pengguna berhadapan kebakaran kecil di stesen minyak Petronas di Green Lane, Pulau Pinang.
Inilah Padahnya Bila Isi Minyak Tanpa Matikan Enjin Kereta |
Kereta terbakar tak tutup enjin oleh mynewshub
Buat pengetahuan anda, cas elektrostatik yang masih ada di badan kereta tidak sepenuhnya dinyahbumikan disebabkan enjin kenderaan masih mengalirkan cas elektrik.
Ini seterusnya boleh menghasilkan percikan api akibat geseran udara dan ion elektrik statik di badan kereta.
Melalui rakaman juga, dapat dilihat anak kepada pemandu tersebut menggunakan telefon bimbit sewaktu berada di dalam kereta.
Isyarat signal dari telefon bimbit dan keadaan pintu yang terbuka memberi ruang kepada udara dan gas membentuk satu tindak balas baru, yang mana menyebabkan gelombang mikro dapat dihasilkan secara tidak langsung.
Apa-apa pun, mujurlah mangsa dan keluarganya sempat mengelak daripada kejadian yang tidak diingini menjadi buruk. – MYNEWSHUB.CC
Kereta terbakar tak tutup enjin oleh mynewshub
Post a Comment