Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!

Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!

SETELAH berfikir panjang, pengarah dan pelakon Erma Fatima akhirnya mengambil keputusan tidak meneruskan hasratnya untuk berceraibersama suaminya, Bade Azmi.

Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!
Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!
Bercakap kepada mStar Online, Erma memberitahu, keputusan itu dibuat tiga minggu laluselepas melihat dia tersentuh dengan kesungguhan Bade yang berusaha memujuknyamenarikbalik permohonan cerai itu.

Pada masa yang sama, Erma akui mereka berdua sebenarnyatidak mempunyai masalah rumah tangga namun dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka.

Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat pada tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh mahu menjaga hubungan kami.

Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami.

Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami.

Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi, ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Mok Cun ini turut menyatakan keputusannya untuk mahu campur hal-hal berkaitan madunya, Aida.


Bade bersama isteri keduanya, Aida dan anak mereka Jihad.

Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi, tegasnya.

Sebelum ini, Bade pernah menegaskan kepada pihak media bahawa dia masih sayangkan isteri pertamanya, Erma. MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online


Sumber: mynewshub

Post a Comment

Previous Post Next Post