“Cukup anak hamba ya allah yang jadi korban akibat asap yang tidak kunjung berhenti, jangan lagi ada korban yang lain. Sesak napas, batuk, pilek akibat kabut asap dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya pada Khamis lalu (1/10/2015).
GEMPAR ! Cerita Sebenar Disebalik Gambar Bayi Meninggal Dunia Akibat JEREBU Yang Jadi Viral |
Memetik laporan portal JambiUpdate.com, mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Nabila dari Pasir Putih, Kota Jambi yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Sementara itu, Datuk Bandar, Imam Syafei dalam satu kenyataan berkata, setakat ini pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kematian bayi berkenaan sama ada berkaitan dengan jerebu atau tidak.
“Sekarang belum boleh dipastikan. Saya sudah minta laporan perubatan dari doktor yang merawat mangsa bagi memastikan penyakitnya.
“Jadi, kami belum dapat memastikan penyakitnya,” ujarnya.
Post a Comment