Pada 10 Oktober lalu kita dikejutkan dengan satu kejadian kemalangan yang melibatkan rombongan pengantin yang mengorbankan 4 nyawa termasuk pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, ibu dan adik-adik pengantin perempuan.
Gambar TERKINI..Norliza, Pengantin Kemalangan Semasa Rombongan Sambut Menantu... |
Sementara itu, Noraliza, 18, cedera parah tidak sedarkan diri selepas berlaku pendarahan didalam kepala, tangan dan paha kirinya patah telah dikejarkan ke hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.
Semasa kemalangan rombongan pasangan pengantin berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki untuk majlis kenduri dan sambut menantu.
Terkini, berita gembira apabila selepas 2 minggu Norliza telah pun sedarkan diri selepas beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadapnya.
Beliau kini sudah mampu mengukirkan senyuman di wajahnya, tetapi untuk pengetahuan semua dia sehingga kini belum dimaklumkan yang di telah kehilangan orang tersayang.
Menurut saudaranya, Norliza kini masih tidak dapat bercakap berikutan masih belum sembuh bekas kesan pembedahan di bahagian leher menyebabkan dia tidak dapat bertanya tentang suaminya dan keluarganya masih merahsiakan buat sementara waktu kerana tidak mahu memberikan tekanan kepadanya yang baru sedarkan diri.
Apapun, mari bersama-sama sahabat Siakapkeli semua kita berdoa supaya Norliza kuat untuk menghadapi semua ini dan tabah lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui orang tersayang telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. - Siakapkeli.my
Post a Comment