Seorang lelaki yang juga merupakan duda berusia 49 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ahad lalu.
Duda didenda rm5000 kerana tunjuk anu di depan rumah siti nurhaliza |
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya pada 5 petang, 4 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya, jika disabit kesalahan. (rtky/s)
SUMBER
harian metro
Sumber: Rotikaya
Post a Comment