Hanya disebabkan tidak membuat kerja rumah yang diberikan dengan baik, seorang murid sekolah di Chongqing, China, telah dipukul dengan teruk oleh gurunya hinggakan punggungnya menjadi lebam, sekembalinya dari sekolah.
Dipukul Punggung Hingga Berdarah Hanya Kerana Kerja Sekolah |
Murid berkenaan, Shanshan memberitahu pada hari kejadian dia telah diminta oleh Li ke pejabatnya selepas habis kelas pada 28 September lalu kerana tidak berpuas hati dengan kerja sekolah yang dihantar oleh Shanshan.
Shanshan kemudiannya dipaksa mencangkung dan membilang dari 1 hingga 400. Apabila keletihan dan kesakitan, Shanshan telah bangun menyebabkan Li bertambah marah lalu memukul budak berkenaan dengan batang penyapu.
Ia turut mengakibatkan dua batang penyapu patah. Kecederaan yang dialami oleh Shanshan hanya disedari oleh datuknya apabila cucunya itu mengalami kesukaran untuk duduk.
Dia kemudian menyuruh cucunya menunjukkan punggung dan alangkah terkejutnya lelaki itu melihat punggung cucunya lebam manakala darah pula melekat di bahagian dalam seluar.
Datuknya telah menghubungi ibu bapa Shanshan dan mereka membawanya ke hospital.
Mereka juga membuat laporan di sekolah dan Li kemudian datang melawat Shanshan. Dia mengaku memukul budak berkenaan dan telah membayar bil perubatan.
Ibu bapa Shanshan yang tidak berpuas hati kini merancang mengambil tindakan ke atas guru yang kejam itu - Mynewshub
Post a Comment