“Dia seolah-seolah mengikut apabila saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum kaku,” - Radhi

“Dia seolah-seolah mengikut apabila saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum kaku,” - Radhi

Kuala Terengganu: “Dia seolah-seolah mengikut apabila saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum kaku,” kata Wan Mohd Radhi Wan Derahman, 41, suami kepada Zaleha Awi, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan, di sini, semalam.

“Dia seolah-seolah mengikut apabila saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum kaku,” - Radhi
“Dia seolah-seolah mengikut apabila saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum kaku,” - Radhi
Dalam kejadian jam 8 pagi, Zaleha yang juga guru Tadika KEMAS Kampung Kuala Bekah, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Kejadian itu berlaku ketika Wan Mohd Radhi dan Zaleha bersama anaknya, Wan Muhammad Irwan, 6, dalam perjalanan dari rumah mereka di Merbau Patah, di sini, menghala ke Pejabat KEMAS Setiu untuk menghantar mangsa menghadiri Seminar Prestasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Terengganu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu suami mangsa cuba mengelak kereta Proton Saga yang memotongnya di sebelah kanan menyebabkan kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi.

Rempuhan itu menyebabkan penghadang besi terperosok ke dalam Perodua Viva dengan keadaan kenderaan berpusing ke arah laluan Kuala Terengganu dan pada masa sama, kereta berkenaan bergesel dengan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah sama.

Wan Mohd Radhi berkata, mereka keluar rumah jam 7.30 pagi dan sebelum kejadian itu, isterinya ada memintanya tidak memandu laju kerana tidak perlu terburu-buru menghantarnya kerana waktu masih awal.
Katanya, isteri mengajaknya bersarapan sebelum dikejutkan dengan kereta yang memotong.

“Saya sendiri tidak tahu apa berlaku kerana sebaik tersedar daripada pengsan, saya dapati kereta Perodua Viva yang kami naiki tersadai di tepi jalan sementara isteri dan anak berlumuran darah.

“Dalam keadaan masih terkejut, saya mengejutkan isteri dan anak, tetapi hanya arwah memberi tindak balas. Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sementara anak bongsu kami tidak sedarkan diri.

“Saya keluar daripada kereta untuk mendapatkan pertolongan sementara anak yang cedera di kepala dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya yang luka ringan di lutut dan tangan kiri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat yang ditemui di Unit Forensik HSNZ berkata, Zaleha berkhidmat hampir 16 tahun dengan KEMAS Terengganu dan disifatkan sebagai kakitangan cemerlang, sekali gus kehilangannya itu memberi kesan buat mereka.

Menurutnya, pihaknya juga memberi sumbangan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post