KAJANG: Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak lima tahun yang diculik di Kajang baru-baru ini berkata penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan terbabit memalukan keluarganya.
Culik Kajang : "Tolong Bersihkan Nama Saya" - Pemandu Teksi |
"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya.
Pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, ditahan bersama tiga lelaki lain yang terlibat di dalam kes penculikan tersebut
Sebelum ini, Hanizan berkata dia menemui kanak-kanak itu bersendirian di tepi jalan dan dapat mengenalpasti kanak-kanak itu hasil viral gambar menerusi media sosial.
Bagaimanapun, Hanizan enggan memaklumkan bagaimana dan dimana dia menemui kanak-kanak tersebut.
Setelah seminggu ditahan polis, Hanizan dibebaskan dan disahkan tidak terlibat dalam kes penculikan terbabit.
Tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pada pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961. - Siakapkeli.my
Post a Comment