SEORANG lelaki yang mengalami masalah mental telah membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun selepas tudung yang dipakainya tanpa disedari terlondeh dari kepalanya ketika budak itu sedang makan tengahari.
Bunuh Anak Perempuan Kerana Tudung Terlondeh Ketika Makan |
Menurut The Hindustan Times, isterinya yang juga ibu budak itu cuba masuk campur bagi menyelamatkan anaknya namun dia turut dipukul oleh suaminya.
Jafar kemudiannya meminta anak isterinya menanam mayat anak mereka di dalam rumah, namun wanita itu enggan berbuat demikian.
Dalam pada itu, polis memaklumkan telah menahan Jafar dan dia kini ditahan untuk soal siasat.
Sementara itu, jiran Jafar memaklumkan bahawa Jafar mengalami mental yang tidak stabil. MYNEWSHUB.CC
Sumber: mynewshub
Post a Comment